
Gambar pokok melur yang ditanam di tepi pagar rumahku. Bunga melur atau namanya saintifiknya
Jasminum sambac
selalu menjadi pilihan untuk ditanam di perkarangan rumah kerana
baunya yang harum semerbak. Pokoknya juga sesuai untuk dijadikan pagar
kerana ia tanaman jenis memanjat dan rimbun.

Bunganya yang segar
atau dikeringkan jika dimasukkan ke dalam air panas boleh dijadikan
minuman yang menyegarkan. Bunga dan daunnya pula dipercayai dapat
menghentikan pengaliran susu ibu, menurunkan panas badan dan
membersihkan mata. Kuntum bunganya yang dimakan sebagai ulam dipercayai
baik untuk memulihkan tenaga.
Akar dan daun pokok bunga melur
yang telah ditumbuk lumat berkesan untuk menyembuhkan bisul. Caranya
dengan menampalkan bahan yang ditumbuk pada tempat yang bengkak setiap
hari hingga ia surut.
No comments:
Post a Comment