KELEBIHAN BATU REFLEKSOLOGI


RM 15 satu petak
Ketahuilah bahawa tapak kaki mempunyai titik-titik yang berkait dengan organ dalaman dan juga luaran badan manusia. Jika ditekan di satu-satu sudut tapak kaki dan merasa sakit, itu bermakna terdapat masalah di dalam bjsadan.
Dalam erti kata lain ia boleh mengesan penyakit seterusnya mengubatinya melalui tapak kaki.

Oleh itu, batu kecil yang disusun lebih dikenali sebagai batu refleksologi mampu mengatasi masalah dalaman dan luaran badan selain dapat menghilangkan tekanan. Dengan berjalan dan memijak secara perlahanlahan, batu kerikil dan batu sungai tersebut akan menekan titik-titik di bahagian tapak kaki.

Menurut ilmu perubatan Cina, tapak kaki mempunyai lebih 60 titik akupunktur. Di bahagian tengah tapak kaki, terdapat titik akupunktur organ dalaman seperti hati, jantung, pankreas, perut, buah pinggang, limpa dan tulang belakang.


Manakala bahagian hujung tapak kaki iaitu bahagian jari terletak mata, otak, telinga, tiroid, timus, esofagus dan paru-paru.
Bahagian tumit pula terletak titik organ saraf siatik, apendiks, pundi rektum dan organ pembiakan dan lutut.

Jika pengguna mengamalkan kaedah refleksologi ini, mereka dapat menghilangkan tekanan dan membantu melancarkan peredaran darah serta mampu merawat bahagian yang bermasalah.

Pengguna yang ingin mencuba perubatan jenis ini dinasihatkan supaya meminum air putih selepas menggunakan batu refleksologi kerana pengguna akan merasa haus selain rasa pening sedikit.


Pengguna juga berasa mengantuk dan perubahan emosi seperti terasa ingin menangis dan ketawa. Akan tetapi semuanya bergantung kepada pengguna batu refleksologi ini juga kerana ada sesetengah mereka juga akan mengalami batuk, keletihan, sakit kepala dan juga berpeluh.

No comments:

Post a Comment