POKOK PAGAR

Hedges (penyediaan dan penjagaan)


  • istilah yang digunakan dalam seni bina landskap, membawa maksud pagar hidup atau pagar daripada tumbuhan. Ia turut dikenali sebagai ‘tanaman pagaran’.
  •  Digunakan sebagai penanda persempadanan atau tepian kawasan, hedges dikatakan sebagai satu medium membentuk mood sesuatu kawasan supaya lebih privasi.  
  • Hedges dibentuk dengan menggabungkan kumpulan pokok yang minimum dan ditanam secara rapat dalam barisan yang sama tetapi kebiasaannya hanya satu spesies digunakan. 

Antara spesies pokok yang sesuai untuk dijadikan pagar:
Acalypha siamensis
Bagi spesies yang boleh digunakan sebagai penghadang pula ialah pokok jenis konifer seperti blue juniper, pokok palma dan daun buluh yang mampu tumbuh tinggi menutupi dinding atau bahagian bangunan yang ingin dilindungi.

Tip penyediaan dan penanaman hedges

• Pokok dipilih untuk dijadikan pagar sebaiknya bersaiz tidak lebih daripada 60 sentimeter tinggi manakala untuk dijadikan penghadang tidak melebihi satu meter tinggi.

• Tanah campuran yang mudah diperoleh dari tapak jualan pokok-pokok (nurseri) boleh digunakan untuk mengisi lubang siap digali.

• Pokok dikeluarkan dari beg plastik dan ditanam dalam dua barisan secara zig-zag.

• Pokok disiram dua kali sehari. Pastikan kuantiti air tidak berlebihan supaya pokok tidak mudah reput.

• Selepas pokok mencapai ketinggian maksimum yang diperlukan, cantasan boleh dimulakan secara sedikit-sedikit sehinggalah pokok dapat dibentuk mengikut dikehendaki.

Tip Penjagaan hedges
• Pokok hendaklah dibenarkan tumbuh sehingga sekurang-kurangnya sekali ganda daripada ketinggian asal ketika ditanam sebelum mula mencantas.

• Cantasan pokok membantu pokok lebih padat, sihat dan kekal lebih lama selain dapat mengawal ketinggian hedges. Rupa bentuk dan teksturnya pula akan tampak lebih cantik dan lembut.

• Pembajaan dibuat setiap dua minggu menggunakan baja untuk daun atau baja organik yang juga mudah didapati.

• Gunakan baja dalam kuantiti sedikit, lebih kurang satu hingga sudu kecil untuk setiap pokok.

• Bagi hedges yang menyerlahkan kecantikan warna daunnya, sebaiknya gunakan baja bunga dan bukannya baja daun.




2 comments:

  1. oh..! kreatif betul cara bina pagar dengan pokok pepagar..tentunya harganya pun mahal kut.

    ReplyDelete