CARA MUDAH PEMASANGAN RUMPUT TIRUAN!

Rumput tiruan kini semakin menjadi pilihan ramai kerana beberapa faktor antaranya lebih mudah diselenggarakan, sesuai untuk ruang laman yang kurang pendedahan cahaya matahari, lebih jimat, tahan lama dan cantik sentiasa. Namun tahu kah anda cara pemasang rumput tiruan ini? Info untuk anda.

1.       Bersihkan kawasan yang hendak diletakkan rumput tiruan daripada sebarang kotoran termasuklah rumpai, tumbuhan lain dan juga batu. Semburkan racun rumpai di keseluruhan kawasan supaya tiada rumpai yang akan tumbuh kelak.

 2.       Setelah selesai, letakan lapisan pasir kasar dan dipadatkan untuk mendapatkan permukaan datar yang rata atau mengikut level design yang dikehendaki.

3.       Pastikan aliran atau water hazard di ambil kira ketika pasir dipadatkan supaya tiada kawasan yang menakung air. Gunakan water sod roller untuk memudahkan kerja.

4.       Letakan lapisan pakukan pada tanah supaya ia tidak bergerak dan menghalang daripada sebarang rumpai tumbuh di dasar rumput

5.       Bentangkan rumput tiruan memenuhi ruangan yang telah ditetapkan.
6.       Untuk tujuan memotong, gunakan box knife atau pisau pemotong permaidani yang tajam untuk memudahkan kerja.

7.       Gunakan 6” paku bergalvani dan dipakukan pada dasar tanah supaya ia tidak bergerak. . Pakukan semua sudut rumput dahulu supaya ia dapat ditarik tegang sebelum di pakukan pada setiap satu kaki.

8.       Gunakan penyapu berus untuk menaikkan semula rumput yang terbaring.


PISAU YANG BIASA KITA GUNA
UNTUK PERTANYAAN LANJUT WHATSAPP
Telepon : 012 666 7501   Amir
                 : 014 920 2501   Izah

Tapak Jualan 
Pasar tasik Tambahan 
Jalan Taman Putra
68000 Ampang Selangor 

Email : www.grass2u@gmail.com

1 comment:

  1. kalau kawasan rumah telah dilitupi dengan pasir sahaja, adakah ianya sesuai sbb, agak lembut untuk paku karpet tiruan ini

    ReplyDelete