HARDSKAP SEBAGAI PELENGKAP TAMAN
Promosi Gazebo Mini 4 x 4 RM 2, 500 |
Ada
yang panggilnya gazebo dan ada yang menyebutnya wakaf. Gazebo yang
dibina di taman atau di laman tempat kediaman mencetuskan dan mewujudkan
suasana santai dan keselesaan. Gazebo boleh dijadikan tempat bersosial
bersama keluarga sambil minum teh. Ia juga boleh menyerlahkan
persekitaran taman atau tempat kediaman lebih-lebih jika binaannya unik
dan menarik.
Kata
gazebo adalah gabungan dua patah perkataan iaitu ‘gaze’ dan ‘ebo’. Kata
‘gaze’ (Inggeris) bermakna memandang, manakala perkataan ‘ebo’ (Latin)
yang bermakna keluar. Dengan gabungan dua perkataan itu ia membawa makna
menjadi tempat untuk memandang keluar. Gazebo yang tidak berdinding ini
dapat menggambarkan bahwa ia sebagai tempat duduk-duduk dan bersantai
sambil memandang sekeliling taman atau rumah.
Gazebo
yang dibina merupakan sebuah bangunan beratap tanpa dinding. Pada masa
dulu gazebo atau wakaf digunakan sebagai tempat bagi kegunaan para
pengembara untuk beristirehat. Ia juga berfungsi sebagai tempat
beristirahat di bangunan kecil, dimana para petani akan melepas
kelelahan setelah bekerja seharian penuh di sawah atau ladang. Ia dibina
sebagai satu cara bagi seseorang membuat amal bagi kegunaan umum. Ia
banyak terdapat di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan,
Terengganu dan Pahang. Malah ia juga sering dijadikan nama tempat atau
kampung. Di Kelantan banyak nama tempat dengan dinamakan dengan wakaf
seperti Wakaf Che Yeh, Wakaf Mempelam dan lain-lain.
Sejak
zaman berzaman gazebo atau wakaf sering digunapakai sebagai tempat
duduk bersantai sambil berbual-bual dan membicarakan banyak hal selain
berfungsi dan dipergunakan untuk duduk bersantai sambil ngobrol dengan
keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai sekampung.
Namun
fungsi gazebo perlahan-lahan berubah menjadi aksesoris pelengkap untuk
meningkatkan nilai estetika dan keindahan sesebuah taman atau halaman
tempat kediaman. Sehinggakan ada yang beranggapan bahwa seseorang yang
dirumahnya memiliki gazebo akan termasuk dalam kelas tersendiri.
Rekabentuk
gazebo adalah tersendiri dan sangat khas. Biasanya ia dibina terpisah
daripada bangunan utama. Bentuknya sangat bebas dan berlainan antara
satu sama lain. Tetapi pada umumnya gazebo dapat dikenali dari bentuk
dasarnya yang terdiri daripada atap, tiang-tiang, tidak berdinding dan
lantai lebih tinggi dari paras permukaan tanah disekitarnya. Bentuk
gazebo umumnya berbentuk geometrik, segi empat, segi enam, atau
lingkaran. Biasanya gazebo dibuat tetap (permanent), meskipun ada juga
yang dibuat dengan model dan bahan yang mampu untuk dibuka-cabut.
Kehadiran
gazebo akan menghadirkan kesan tersendiri, karena disana akan wujud
interaksi sosial di antara anggota keluarga, sahabat handai dan tetamu,
dan tentu dari proses sosial dan interaksi tersebut diharapkan akan
meningkatkan kebahagian dan keharmonian hidup sekeluarga.
Binalah gazebo di halaman rumah anda. Tentunya ada perbezaan dalam kehidupan nanti…
No comments:
Post a Comment