RUMPUT SPECT JKR



Cara menanam Rumput spec JKR
a) Padang
  •  Semasa kerja tanah, permukaan haruslah dibentuk supaya ia mempunyai kamber atau cerun yang menghala ke saliran yang berhampiran. Cerun untuk padang adalah dalam lingkungan 1:60 - 1:200
  • Untuk memastikan cerun ini diperolehi, aras titik hendaklah diambil ataupun papan kamber digunakan untuk mengukur kamber. 
  • Jika keadaan padang adalah luas dan rata, penggunaan saliran bawah tanah mungkin digunakan.
  • Tanah hitam atau lapisan atas disimpan semasa kerja tanah boleh digunakan untuk lapisan atas padang.
b) Kepingan Rumput
  • Saiz kepingan rumput dalam spesifikasi JKR ialah 200mm persegi dan tebalnya ialah 50mm.
  • Jenis rumput dan spesifikasinya perlulah ditentukan terutama sekali jika teknik ‘hydro seeding' digunakan. Rumput-rumput hendaklah bebas dari lalang.
  •  Kepingan rumput perlulah disimpan dalam keadaan lembap supaya kesegarannya terjaga.
c) Penanaman Rumput
  • Penanaman rumput di cerun atau tebing perlulah dilaksanakan sebaik sahaja cerun atau tebing itu disiapkan. Ini adalah untuk mengurangkan risiko hakisan tanah
  •  Rumput ditanam secara ‘tanam-rapat', ruang di antara rumput tidak seharusnya kelihatan sementara jarak antara kepingan rumput ‘tanam-tompok' ialah 450mm pusat ke pusat.
** Sila hubungi atau email kepada kami untuk mengetahui  
harga dan sebutharga **

HUBUNGI 
TEL:  012 6667501           FAX: 03 42969621       

No comments:

Post a Comment