PENYAKIT RUMPUT

TANDA PENYAKIT akan bermula dari rumput yang bertukar warna dari hijau ke kuning, kemerahan dan kemudiannya mati.Boleh melihat symptom penyakit tersebut pada daun, akar atau batang nya. Bintik-bintik, tanda seperti melecur, garis-garis kuning, reput akar, ini semuanya symptom. 

RAWATAN awal rumput  dengan racun kulat spektrum lebar jenis sentuhan.Mesti dilakukan sebanyak tiga kali semburan dengan jarak 7 – 10 hari di antara semburan.  Di antara semburan kedua dan ketiga itu lah anda cuba untuk mengenali dengan tepat jenis penyakit dan gunakan racun yang khusus untuk penyakit tersebut.

KULAT
Kebanyakan penyakit rumput adalah disebabkan oleh kulat. Organisma seni ini tidak mempunyai klorofil oleh itu tidak dapat membuat makanan sendiri. Sesetengah kulat adalah lebih kecil dari bakteria dan yang lainnya contohnya cendawan boleh dilihat diatas atau dibawah permukaan tanah. Kulat boleh “dieksport” melalui tiupan angin, air yang mengalir, serangga atau lain2 haiwan, peralatan, ataupun manusia.  Pemakanannya didapati dari tumbuhan yang hidup atau yang dah mati. Kebanyakkan dari kulat yang dijumpai diatas rumput adalah dari jenis yang makan bahan organic yang dah mati atau dah reput seperti akar, batang atau daun yang dah mati.  Kulat2 ini dianggap sebagai bermanfaat kerana ia membantu dalam pereputan.  Dianggarkan dalam 1 pound (lb) tanah terdapat diantara 4 ½ hingga 225 juta kulat bermanfaat.  Oleh itu fikirlah banyak kali sebelum anda menyembur racun kulat.

VIRUS
Sangat sedikit penyakit rumput disebabkan oleh virus.
Para saintis tidak muafakat samada virus ialah suatu makhluk yang hidup atau tidak. Pentingnya ia adalah ejen penyakit berjangkit. yang boleh membiak dalam sel hidup yang spesifik.
Diluar sel tersebut; mereka adalah ibarat bahan kimia.
Virus menyebabkan penyakit dengan merosakkan proses kehidupan biasa sel tumbuhan.  Oleh kerana sel tersebut lemah, ia akan lebih mudah untuk dijangkiti penyakit lain.
Penyakit virus sering dikelirukan dengan kekurangan zat, masalah genetik, kecederaan kimia dan lain lain.

BAKTERIA
Sangat sedikit bakteria yang menyebabkan penyakit rumput turf.  Yang relevan untuk kita hanyalah kepada Bermudagrass yang disebabkan oleh bacterium; Clavibacter xyli sub. sp. cynodontis. Tanda2 nya ialah bulatan2 rumput mati.  Pada daun boleh dilihat symptom klorosis. Ia membiak di bawah stress kurang cahaya. Kebanyakan penyakit bakteria boleh dikawal dengan mengelakkan kecedraan yang membenarkan bakteria  masuk ke dalam tumbuhan

NEMATODA (nematod?)
Nematod adalah agen penyebab penyakit yang penting untuk rumput.  Mereka mungkin adalah haiwan multi-sel yang paling banyak di muka bumi ini – dan paling kurang difahami. Nematod boleh dijumpai hampir di semua tempat di bumi ini, dari dalam lautan hingga lah ke puncak gunung, dari dalam tubuh haiwan dan manusia hinggalah ke tisu tumbuhan.
Nematod banyak wujud di muka bumi Tuhan ini; dianggarkan sehingga 20,000 individu nematod dari 10 spesis boleh di dapati hanya dari 1 pint tanah. Iaitu lebih kurang 3 billion (3,000,000,000,000) di dlm 1 ekar tanah. Selalunya di 6 inci teratas.
Kebanyakkan nematod adalah tidak merbahaya kepada rumput turf, malah kerana ia memakan bahan organik yang reput, ia berguna kepada tanah.
Awas, kesimpulan bahawa rumput diserang nematod tidak seharusnya dibuat berdasarkan simptom rumput semata-mata.  Simptom kecederaan nematod hampir menyerupai faktor2 lain seperti pembajaan yang tidak seimbang, melecur, saliran yang tidak baik, kemarau atau kecederaan oleh serangga.
Diagnosis nematod seharusnya dilakukan bermula dari pengumpulan tanah dan akar rumput dan di analisa di makmal oleh seorang pakar nematod  (nematologist) yang berpengalaman dan berpengetahuan.
Ingat!  Di dalam tanah sentiasa ada nematod dan mereka selalunya bermanfaat kepada kita. Jika adapun nematod yang menyerang rumput, kekadang kadar populasi mereka tidak cukup untuk merosakkan estetik rumput. Cuma mungkin mereka akan melemahkan rumput dan tempat mereka masuk ke dalam rumput atau bahagian rumput yang mereka makan boleh menjadi tempat kulat atau bakteria masuk. 

BILA PENYAKIT MENYERANG
Saya bahagikan cara kawalan penyakit menggunakan racun kimia kepada 3 cara:
1. Pencegahan berkala; sakit ke tak sakit, sembur je racun. Penyemburan racun mengikut kalendar.
2. Pencegahan spesifik; jika tanda2 penyakit di kesan di satu kawasan, maka seluruh kawasan akan di sembur supaya penyakit tidak merebak.
3.Pengubatan (curative).  Penyemburan racun kimia hanya dilakukan pada rumput yang sakit sahaja.

No comments:

Post a Comment