MACAMANA HENDAK TANAM POKOK

LANGKAH NO. 1
Tanda tempat untuk ditanam
Ukur ketinggian bag tanaman/bola akar.
Korek longkang air dikeliling lubang tananam atau korek lebih dalam dan timbus balik.

Keluarkan pokok dari bekas tanaman dan masukan kedalam lubang tanaman. Sekiranya pokok didalam polybag, potong sebelah bawahm polybag dahulu, potong dinding polybag selepas pokok telah dimasukkan kedalam lubang dengan tegak dan ketinggian yang betul.




Timbus balik tanah dan campurkan bahan organic atau kompos, jangan di campur baja kecuali Christmas island rock phosphate (CIRP) untuk mengalak pertumbuhan akar

Letakkan ‘mulch’ tanah gambut, habuk kelapa atau kompos pada permukaan atas lubang tanaman untuk menghalang kehilangan air. 

Pasang kayu penungkat dan tali pengikat.

Potong semua dahan ,pelepah pokok yang patah atau mati.
Pasang system pengairan.











MENGATASI AIR BERTAKUNG DIBAWAH LUBANG TANAMAN Menanam pokok dikawasan beriklim tropika lain sedikit dari Negara beriklim sejuk sebab Negara tropika mendapat lebih hujan. Pokok yang baru ditanam dan tanah masih tidak padat akan meresap lebih air yang akan merosakan akar.
Buat longkang disekeliling lubang tanaman.
Korek lubang tanaman lebih dalam dan kambus balik sedikit sebelum menanam

No comments:

Post a Comment